Selasa, 26 Oktober 2010

Penyakit Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah rendah boleh menyebabkan kita rasa sangat letih bahkan koma. Cara mengatasinya secara tradisi biasanya ialah dengan mengamalkan pemakanan daun Cekur Manis atau asin-asin. Daun cekur manis dikatakan bukan sahaja dapat meningkatkan tekanan darah, malah ia amat baik untuk mencuci buah pinggang. Apapun pengamal perubatan tradisional janganlah terlalu ghairah dengan ubatan bagi sejenis penyakit sahaja. Sebagai contonya setelah mengetahui yang kita bertekanan darah rendah, hari-hari kita ambil daun cekur manis sebagai rutin. Itu cara yang salah. kerana silap-silap kita terlebih dos dan tekanan darah menjadi terlalu tinggi pula. Jika kita tidak jelas dalam pengalaman mengecam simpton penyakit yang sedang kita alami, seeloknya dapatkan rawatan dan khidmat nasihat dari doktor. Setelah kita ada pengalaman tentang jenis simpton yang diperhatikan, biasanya pemilihan ulaman berbentuk herba yang kita ambil akan lebih tepat.


Amalan mengambil bayam untuk penyakit darah rendah kurang baik kerana ia mengandungi sejenis asid yang boleh mengakibatkan penyakit batu karang pula. Sementara pengambilan kerang atau perkakasan dalam haiwan seperti hati dan limpa kurang digalakkan dalam Islam

Tiada ulasan: