Sabtu, 23 Februari 2013

Ohh jantung !!!

Bagi saya rawatan tradisional yang berkesan untuk masalah jantung dalam masa terdesak ialah air "blender" daun ulat bulu. Jika terjumpa pohon ulat bulu, ambillah daunnya dan blender bersama air masak. Simpanlah ia di bahagian beku peti sejuk. Ini penting semasa kita terdesak. Kepada mereka yang memang ada masalah jantung, sangat elok meminum air ini segelas sehari..Jangan lupa mengambil pati miyak ikan/fish oil (omega 3) setiap hari. Pada saya fish oil jenama "shine" sangat berkesan dan tidak mahal buat masa ini.

PENGUMUMAN

SEMUA ITEM / BARANGAN DALAM BLOG INI TELAH HABIS STOK (SOLD OUT)

Selasa, 26 Oktober 2010

Penyakit Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah rendah boleh menyebabkan kita rasa sangat letih bahkan koma. Cara mengatasinya secara tradisi biasanya ialah dengan mengamalkan pemakanan daun Cekur Manis atau asin-asin. Daun cekur manis dikatakan bukan sahaja dapat meningkatkan tekanan darah, malah ia amat baik untuk mencuci buah pinggang. Apapun pengamal perubatan tradisional janganlah terlalu ghairah dengan ubatan bagi sejenis penyakit sahaja. Sebagai contonya setelah mengetahui yang kita bertekanan darah rendah, hari-hari kita ambil daun cekur manis sebagai rutin. Itu cara yang salah. kerana silap-silap kita terlebih dos dan tekanan darah menjadi terlalu tinggi pula. Jika kita tidak jelas dalam pengalaman mengecam simpton penyakit yang sedang kita alami, seeloknya dapatkan rawatan dan khidmat nasihat dari doktor. Setelah kita ada pengalaman tentang jenis simpton yang diperhatikan, biasanya pemilihan ulaman berbentuk herba yang kita ambil akan lebih tepat.


Amalan mengambil bayam untuk penyakit darah rendah kurang baik kerana ia mengandungi sejenis asid yang boleh mengakibatkan penyakit batu karang pula. Sementara pengambilan kerang atau perkakasan dalam haiwan seperti hati dan limpa kurang digalakkan dalam Islam

Isnin, 27 September 2010

Mungkinkah Pohon pisang kelat keling masam atau “restali masam” setaraf dengan harga/kos pembedahan jantung RM 18-40K ?

Percaya atau tidak cubalah dulu. Ambil sejengkal tunas atau anak pohon pisang “restali masam” atau “kelat keling masam” (Bahasa Kelantan). 

Potong  agak kecil dan rebus.



Air rebusan yang bewarna agak sedikit kemerahan sedia diminum untuk merawat masalah jantung tersumbat. Minumlah sekali sehari (Amaran-jangan lebih dari sekali sehari sahaja)




Pengalaman ini dipetik dari Cikgu Ismail seorang pengamal perubatan tradisional dari Kampung Padang Rokma, Wakaf Bharu. Kelantan.
Haji H (bukan nama sebenar) dari Pondok Tok Selehor, Tumpat, Kelantan menceritakan kepada saya petang tadi kesan meminum air rebusan tersebut “hanya beberapa kali minum” hilang masalah jantungnya yang tersumbat, sangat berkesan katanya, beliau pernah tidak sedarkan diri selama tiga minit kerana mengalami masalah serangan jantung secara mengejut. Tambahnya lagi rasa hirisan halus di bahagian ulu hati memanag jelas merupakan simpton jantung tersumbat.
Pengalaman orang lain pula yang tak mahu namanya diketengahkan  katanya “Jika kita tercungap-cungap bernafas kerana mengalami masalah jantung, minumlah air rebusan ini, Insyaallah tak sampai satu jampun selepas minum, akan lega sakan !!!” ….Pasti ini rezeki besar kurniaan Allah SWT kepada pesakit jantung tersumbat atau strok.
Tidak dapat dikaitkan dengan jelas apakah air rebusan ini dapat melarutkan lapisan kolestrol di bahagian dalam arteri darah (arteriosklerosis) serta melembutkan arteri itu sendiri atau bagaimanakah ia bertindak?….Entahlah apakah bahan aktif yang wujud pada pohon pisang ini. Yang jelas ia ada sedikit getah dan cecair di dalam batangnya, dan yang pasti bagi Haji H   ia amat berkesan.
Insyaallah Selamat
* nama lain bagi pohon pisang ini di Kelantan mengikut daerah geografi ialah:
- Kelat Keling Cina
- Raja Serai
- Pisang Nor
SILA HEBAHKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN, IAITU PESAKIT JANTUNG ATAU MUNGKIN JUGA STROK.

Isnin, 19 Julai 2010



Manfaat Atau khasiat Air Kelapa Muda

Air Kelapa Muda yang biasa kita minum sebagai pelepas dahaga ternyata memiliki banyak manfaat. Manfaat atau khasiat air kelapa muda ternyata bukan hanya sebagai penawar racun atau alergi tetapi air kelapa juga memiliki banyak kegunaan yang lain. Di Indonesia Air kelapa kerap diasumsikan sebagai limbah. Padahal, ia memiliki khasiat dan nilai gizi yang dahsyat. Contohnya air kelapa dapat dibuat nata de coco dan kecap.

Air Kelapa Muda juga termasuk minuman yang dapat dikonsumsi untuk mendukung Gaya Hidup Sehat.

Selain digunakan untuk nata de coco, manfaat air kelapa muda yang lain adalah dalam pembuatan kecap. Dengan mencampur air kelapa, kedelai, gula merah, bawang putih, kemiri, daun salam, lengkuas, kluwak, serta natrium benzoat, kecap bisa didapat. Juga sangat dianjurkan buat Perokok untuk mengkomsumsi ini. Kalo ga mau y harus baca Cara Mudah berhenti Merokok. Yang tak kalah menarik, air kelapa juga bisa dimanfaatkan sebagai bahan pengobatan tradisional dan kecantikan.

Sebenarnya air kelapa kaya gizi. Tidak hanya unsur makro, tetapi juga unsur mikro. Unsur makro yang terdapat pada air kelapa adalah karbon dan nitrogen.

Unsur karbon dalam air kelapa berupa karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, inositol, dan lain-lain. Unsur nitrogen berupa protein, tersusun dari asam amino, seperti alin, arginin, alanin, sistin, dan serin. Sebagai gambaran, kadar asam amino air kelapa lebih tinggi ketimbang asam amino dalam susu sapi.

Selain karbohidrat dan protein, air kelapa juga mengandung unsur mikro berupa mineral yang dibutuhkan tubuh. Mineral tersebut di antaranya Kalium (K), natirum (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), cuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S).

Jika diteliti lagi, dalam air kelapa juga terdapat berbagai vitamin. Sebut saja vitamin C, asam nikotinat, asam pantotenat, asam folat, biotin, riboflavin, dan sebagainya. Jadi jelaslah bahwa air kelapa mengandung unsur makro dan mikro yang cukup lengkap.

Ramuan untuk Pengobatan

Air kelapa muda selain enak diminum dalam kondisi segar juga Khasiat Air kelapa Muda adalah sebagai obat berbagai jenis penyakit.

Gatal dan eksim
Sediakan satu genggam beras. Rendam dalam air kelapa muda yang masih berada dalam tempurung selama 5-7 jam hingga beras terasa asam. Setelah itu giling hingga menjadi bubur halus (tepung). Kemudian oleskan bahan tersebut pada bagian tubuh yang terkena gatal, eksim, luka, atau telapak kaki pecah. Lakukan setiap hari selama 3-4 hari.

Luka bakar
Sediakan sejumput bubuk kunyit dan air kapur sirih. Campur dengan air kelapa. Oleskan pada bagian yang terkena luka bakar, misalnya pada telapak tangan atau telapak kaki. Rasa panas pun akan cepat hilang.

Demam berdarah
Minum air kelapa mudah hijau yang dicampur dengan air perasan jeruk nipis secara teratur.

Cacingan pada anak
Berikan air kelapa muda yang diberi sedikit sari jeruk sitrun kepada anak yang mengalami gangguan cacingan.

Disentri
Penderita disentri biasanya akan merasa penat di kaki, demam tinggi, tinja berlendir dan bercampur darah, sering buang air, urine berwarna gelap. Untuk menjernihkan urine, minumlah air kelapa hijau. Bila urine sudah normal, hentikan minum air kelapa tersebut. @

Air Kelapa untuk Kecantikan

Menghilangkan jerawat
Siapkan satu gelas air kelapa campur dengan 25 gram pasta kunyit, biarkan semalam. Keesokan harinya, tambahkan ke dalam ramuan tersebut tiga sendok teh bubuk cendana merah. Aduk sampai merata. Simpan selama tiga hari. Setelah itu, saring ramuan dengan menggunakan kain kasa. Simpan air perasan dalam botol. Oleskan ramuan tersebut pada wajah yang berjerawat, dua kali sehari sampai jerawat lenyap.

Mencegah kerutan di wajah
Untuk menghindari kerutan di wajah yang datang lebih dini, basuhlah wajah dengan air kelapa, sesering Anda suka.

Mencegah uban
Air kelapa hijau dicampur dengan satu sendok teh garam. Gunakan untuk mencuci rambut guna mencegah tumbuhnya uban.

Meningkatkan gairah seksual
Campur air kelapa dengan sedikit madu, lalu minum. Ramuan ini mampu merangsang pusat-pusat seksual tubuh. Selain itu harus diimbangi dengan Membaca Tips Bercinta agar semuanya lancar..car...car.

Membuat suara merdu
Minum air kelapa muda yang telah diembunkan selama satu malam.

Nah itulah Beberapa manfaat air kelapa Muda yang mungkin bisa membantu teman-teman sekalian.

DARI BERBAGAI SUMBER



Selasa, 29 September 2009

Rawatan Jantung Secara Tradisional

Dikatakan bawang besar yang dibakar bukan sekadar rasanya manis, tetapi amat baik untuk rawatan jantung dan kulit. Cubalah amalkan memakannya bersama dengan nasi dan lauk pauk lain setiap hari.  Salah seorang profesor yang tersohor di Malaysia dengar khabarnya memakan bawang besar sebiji sehari. Beliau memakannya secara mentah-mentah. Bayangkan selepas memakan daging bakar seperti satay, bawang besar hiris adalah baik diambil. Bukan sekadar untuk hilangkan rasa muak, tetapi ia berfungsi untuk menutralkan kesan bakaran atau bahan berkarbon.

Bawang merah jika dimakan mentah-mentah sebagai ulam dikatakan dapat menyuburkan benih bagi kaum lelaki. Bawang putih pula, jika diambil mentah, memang sudah tersohor untuk beberapa rawatan kesihatan. Di antaranya membunuh kuman dalam badan atau antibiotik semulajadi, mencairkan darah sehingga 25 %, mengurangkan risiko barah prostat, dan untuk kesuburan lelaki.

Kesimpulannya, di India segala jenis keluarga bawang, kunyit, lengkuas, dan halia sudah lama, malah merupakan herba tradisional turun temurun mereka. Maklumat yang baik kita cuba kongsi, kan! kan!.

Isnin, 17 Ogos 2009

SOLD OUT - Air Penawar Raja Herba... sejak enam tahun lalu, dan sehingga kini ia masih menjadi amalan pemakanan saya .

Saya bersedia menerima tempahan dalam bentuk pukal


Cerita ini memang berdasarkan pengalaman saya sendiri ;
Sembilan bulan sebelum pembedahan resdong, setelahg 6 bulan mengambil ubat dari pakar ENT (ear, nose, throat) setelah melakukan CT scan (computer thermography scanner) di HTAA,Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, tahun 2003, tapi penyakit resdung saya masih menjadi-jadi.

Saya hampir berputus asa kerana "polip" masih tak berganjak selepas 6 bulan ambil ubat hospital. Walaubagaimanapun rezeki saya masih ada, bapa mertua memperkenalkan herba kampung, asal ramuan dari Yunan,Cina. Saya sempat mengambil herba ini hanya selama 3 bulan sebelum pembedahan. Ia diambil bersama ubat hospital....
Setelah cukup 9 bulan... Malam itu saya berpuasa untuk appointment pembedahan esoknya. Tapi, rasa lega selepas mendengar kata-kata dari mulut doktor yg mengendalikan kes saya pagi itu..."nurse, tolong batalkan pembedahan patient ini, no. 2 dalam senarai", selepas mengesahkan semua polip dah lebur. Syukurlah!, sebab terlepas dari rasa ketakutan bila tahu nak kena bedah. Bukan itu saja, banyak lagi kebaikannya; saya gelarkan ia "Air penawar raja ubat" kerana ia juga baik untuk :

a) memudahkan pembuangan air besar (kebanyakan pengguna)
b) Sangat baik utk penyakit darah tinggi (check tekanan darah anda sebelum dan selepas 7 hari mengambil herba ini)
c) kencing manis, rata-rata kenalan mengatakan bagus walaupun diabetis adalah sejenis penyakit yang sukar sembuh
d) Demam, jenis yang sejuk semua sendi @ terasa sangat sengal (pengalaman sendiri), cubalah minum 25 ml sebelum tidur.
e) Merawat Gasrik, bagus juga, kerana pH 3 (asid dlm usus)+ pH 11(herba) = pH 7 (neutral)..he..he.....kelakar!, tapi betul tu, pengalaman anak saya berhenti menangis setelah diserang gastrik dalam masa 15 minit selepas dipaksa minum air pahit ini!
f) Membuang toksik daripada usus...(usus itu sebenarnya punca segala penyakit). Merupakan fungsi penting "sina maki"
SOLD OUT

kelemahan ;
a) Rasanya sangat pahit bagi yg tak biasa ..ramuan air rebusan dari jenis sina maki, momodicae, Thong-Q, dll yang tidak mengadungi steroid..
b) Air minuman kesihatan yg tidak ada pengesahan dari KKM..takut juga nak perkenalkan kepada rakan. tapi kerana tertulis pesanan pengeluar "kebaikannya menjadi sejarah hidup anda semua, oleh itu hebohkanlah kepada orang yang senasib dgn anda". Saya beranikan diri juga akhirnya.
c) Tak sesuai untuk *penyakit darah rendah*
d) "Flush!". Jika ada meeting, pastikan jangan minum malam sebelumnya, kerana herba ini memang buang toksik!. Semakin banyak toksik di dalam usus anda, semakin kerap pemprosesan "flush" dan bukan cirit-birit. Semakin kerap "Flush" berlaku, semakin cepat anda rasa segar.

Cubalah untuk 1 minggu.Ramai yg dah angkat ibu jari, terutama yg ambil herba ini bersama madu asli. Tapi ingat! "Madu asli" sahaja dan bukan madu tiruan.

kelebihan;
a) Harganya berpatutan..RM 20 sebotol..350 ml + RM 10 Kos Pengangkutan
@RM 17/botol-jika beli 6 botol + RM 5 Kos Pengangkutan
@RM 15/botol-jika beli 12 botol + RM 0 Kos Pengangkutan

Amalkanlah minum selama 4 bulan, bagi kes yang sangat serious.
b) Ada bentuk kapsul
c) Tidak mabuk dengan sebarang ubatan moden, tapai dan lain-lain.


*Cubalah 1 botol dulu RM 20 + RM 10 kos penghantaran. Jika ada apa-apa kemusykilan sila hubungi saya.

Sekian, Harap Selamat!...