Dikatakan bawang besar yang dibakar bukan sekadar rasanya manis, tetapi amat baik untuk rawatan jantung dan kulit. Cubalah amalkan memakannya bersama dengan nasi dan lauk pauk lain setiap hari. Salah seorang profesor yang tersohor di Malaysia dengar khabarnya memakan bawang besar sebiji sehari. Beliau memakannya secara mentah-mentah. Bayangkan selepas memakan daging bakar seperti satay, bawang besar hiris adalah baik diambil. Bukan sekadar untuk hilangkan rasa muak, tetapi ia berfungsi untuk menutralkan kesan bakaran atau bahan berkarbon.
Bawang merah jika dimakan mentah-mentah sebagai ulam dikatakan dapat menyuburkan benih bagi kaum lelaki. Bawang putih pula, jika diambil mentah, memang sudah tersohor untuk beberapa rawatan kesihatan. Di antaranya membunuh kuman dalam badan atau antibiotik semulajadi, mencairkan darah sehingga 25 %, mengurangkan risiko barah prostat, dan untuk kesuburan lelaki.
Kesimpulannya, di India segala jenis keluarga bawang, kunyit, lengkuas, dan halia sudah lama, malah merupakan herba tradisional turun temurun mereka. Maklumat yang baik kita cuba kongsi, kan! kan!.
Selasa, 29 September 2009
Langgan:
Catatan (Atom)